Resepi Butir Nangka Kelantan

Resepi Butir Nangka Kelantan Yang Sangat Mudah. Inilah salah satu resepi unik dari negeri Kelantan yang tak ada kat negeri lain. Hehe. Benda alah seperti pencuci mulut (dessert) lepas makan.

Jom cuba buat, letak dalam peti sejuk dan makan fuh best gilaaa.

Resepi Butir Nangka Kelantan

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
  • air
  • sedikit kapur makan
  • secubit garam & pewarna hijau @ air daun pandan

Bahan Untuk Kuah

  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula
  • 1 sudu makan halba.. tak letak garam
  • daun pandan

Cara-cara

1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau..

2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.

3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. (tambah air ikut keperluan)

4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul.

5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih & sedikit pekat.

7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.

**Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Kredit Resepi : nieza rahim via mahn

Related Posts

About The Author

Add Comment