Diari Seorang Tutor

Diari Seorang Tutor

Panggilan bulan sembilan lepas saya ditemukan dengan seorang bapa untuk diberi tugas membimbing anak lelakinya yang berada di tingkatan 1 salah sebuah sekolah di bandar Kota Bharu. Seorang pelajar yang beradab dan menghormati guru menjadikan saya senang mengendalikan dia.

Pengalaman di hari pertama mengajarnya bagi subjek Sains dan Matematik memberi gambaran kepada saya bahawa dia seorang yang banyak perlu dibimbing dan dikendalikan dengan kaedah yang istimewa.

Saya semakin mengikhlaskan niat dan mengaturkan kaedah terbaik buat pelajar ini.
Saya cuba meletakkan harapan ayah dan keluarganya dibahu saya untuk saya jiwai.
Saya mengaplikasikan beberapa tips dan kaedah dalam proses pengajaran setiap kali sesi saya membimbingnya. Kaedah sentiasa berubah mengikut prestasi yang ditunjukkannya.

Kaedah psikologi remaja, mewujudkan self estim dan mindset terhadap subjek matematik dan sains di sesi awal kelas dengannya saya aplikasi.

Saya melakukan ujian penguasaan subjek bagi mengenalpasti tahap penguasaan pelajar. Di sini saya kenalpasti masalah dan saya tentukan kaedah terbaik mengatasinya.

Konsep home tuition memberi ruang pelajar dibimbing sepenuhnya oleh tutor. Saya menggunakan sepenuhnya masa untuk berinteraksi dengan pelajar secara santai dalam suasana yang enjoy. Ternyata reaksi pelajar lebih selesa dan bersemangat untuk dibimbing.

Kelas memasuki kali ke-4 , pelajar ini menunjukkan prestasi yang mengujakan saya. Dia semakin pickup dan menunjukkan kebijaksanaan dalam belajar. Dari soalan yang mudah, sederhana dan semakin mencabar saya ajukan, dia lakukan dengan bagus.Saya ucap SubhanALLAH, dan syukur dari hati pelajar ini inn shaa ALLAH akan cemerlang PT3 2 tahun akan datang.

Hari ini 9/10/2017 masuk sesi kelima saya memberikan bimbingan. Pelajaran dan game subjek semakin mencabar saya berikan. Alhamdulillah dia boleh menguasai semakin baik dari kelas-kelas yang lepas. Hari ini saya gembira dan syukur, pelajar yang mulanya perlu banyak dibimbing kini menunjukkan prestasi yang meningkat hari demi hari.

Zarif, cikgu pulang dulu. Kita jumpa minggu depan.✋😀

Leave a Reply

Close Menu